Friday, October 29, 2010

(1) حلاوة الإيمان : Bagaimana Mewujudkan Rasa Cinta Pada Allah?

Assalamualaikum Wr Wb
"Ada tiga perkara, yang apabila ketiga-tiganya ada dalam diri seseorang, maka dia akan merasakan manisnya iman: (1): Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya. (2): Orang yang mencintai orang lain hanya kerana Allah, dan (3): Orang yang enggan kembali kafir setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran, sebagaimana dia enggan untuk dilemparkan ke dalam api neraka." [Mutafaqalaih]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini aku nak bahas tentang bab yang pertama sekali iaitu tentang cara menimbulkan rasa kecintaan kita pada Allah S.W.T. Majoriti manusia sekarang ini hanya bisa mengungkapkan perasaan cinta itu melalui bibir sahaja. Sukar bagi kita untuk melafazkan perasaan cinta itu seiring dengan ketulusan jiwa dan keikhlasan hati.  Cubalah kita bermenung sebentar sambil bertafakur tentang cinta kita kepada-Nya.

Bukankah DIA yang berhak kita sayangi? dan Bukankah DIA yang layak kita hargai di setiap detik nafas? Seberapa jauhkah rasa kasih sayang kita kepada Sang Pencipta? Pernahkah kita terfikir bahawa tanpa Yang Penyayang, masih bisakah kita mengecapi nikmat² yang sudah tersedia ada di langit dan di bumi ini? Tidakkah pernah kita memerhatikan kejadian tubuh badan kita? Nikmat panca-indera yang telah BELIAU sempurnakan pada diri kita? MasyaAllah, andai sahaja hendak kita ungkapkan segala pemberian-Nya, takkan dapat kita hitung kesemuanya.... Mengapa? kerana kita ini hanya lah HAMBA YANG KERDIL jika nak dibandingkan dengan kekuasaan Yang Maha Esa. 
Berikut adalah perkara² asas untuk kita timbulkan rasa kecintaan pada Maha Pencipta.

Apa yang dapat membantu seseorang mencintai Allah SWT? 
Pertama: Seorang hamba, hendaklah menjaga ibadah² wajib. Sebab, ibadah ini merupakan kunci pertama dan jalan utama menuju Allah. Orang yang tidak rutin mengerjakan ibadah wajib maka layaklah dia menangisi dirinya sendiri. Dia harus sedar bahawa dirinya tidak punya tempat di sisi Allah, dan tidak punya kedudukan di akhirat. Nasib seperti ini hanya dialami oleh orang yang munafik, fasik, serta tidak mentaati perintah Allah. Kita berlindung dari keadaan yang demikian.

Orang yang mendirikan solat, sentiasa mendatangi masjid, sentiasa melaksanakan ibadah² lahiriah yang wajib secara sempurna rukun dan syaratnya. maka kita bersaksi di dunia, di alam kubur, serta di akhirat bahawa dia termasuk orang yang beriman. Namun untuk urusan batinnya, kita serahkan kepada Allah SWT.

Sedangkan orang yang tidak melaksanakan dan melalaikan kewajipan ini, maka kita akan bersaksi untuknya di dunia, di alam kubur, dan di akhirat bahawa dia termasuk orang yang derhaka dan fasik. Dan perkaranya akan dikembalikan kepada Allah SWT oleh kerana itulah Allah berfirman dalam sebuah hadis qudsi:

"Tak ada cara yang lebih Aku sukai dari hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku, dari ibadah yang Aku wajibkan kepadanya." [HR Bukhari dan Ibnu Hibban]

Dengan kata lain ibadah wajib adalah sesuatu yang paling disukai untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kedua: Membaca al-Quran dengan tadabbur, kerana al-Quran itu merupakan kalam Allah di muka bumi. Kitab suci tersebut juga merupakan neraca untuk mengetahui kadar keimanan seseorang. Orang yang anda lihat suka membaca dan merenungkan al-Quran, dengan kata lain, tiada hari tanpa membaca al-Quran, maka ketahuilah bahawa dia adalah orang yang sangat dekat kepada Allah.

Orang Muslim dan seorang wali yang bertaqwa tidak disyaratkan menghafal seluruh isi al-Quran. Hafalan sedikit dan diamalkan, sudah dapat membuat seseorang dapat digolongkan orang yang bertaqwa, InsyaAllah.

Ketiga: Sentiasa berzikir kepada Allah. Zikir kepada Allah dapat mengusir syaitan, mendapatkan perlindungan dari  Yang Maha Pemurah, taat dan redha, dan jauh dari segala yang menyebabkan murka-Nya. Faedah zikir yang paling besar adalah menjauhkan seseorang dari sifat munafik. Allah menggambarkan orang yang munafik dengan: "Orang yang tidak mengingati Allah kecuali sedikit." [An-Nisa' :142]

Keempat: Sering mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan ibadah sunat, seperti solat, puasa dan sedeqah.

~~~~~~~~~~~~~
Sumber asal dari kitab: إلى الذين أسرفوا على أنفسهم (Pesanan untuk Orang Berdosa)
Karangan: Dr. 'Aidh bin Abdullh Al-Qarni.


Semoga bermanfaat di atas perkongsian ku kali ini. (",)

Sekian & Salam Ukhwah!

No comments:

Post a Comment